Friday, July 16, 2021

Random Photo #16 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah cuci mata tengok gambar makanan.. Entry ini terlupa nak up.. hahaha..

Kek Labu Sos Butterscoch.. Rezeki jiran sebelah rumah bagi.. hehehe..

Tiba-tiba teringin makan maggi goreng bersama telur mata 3/4 masak dan kimchi istimewa.. Kimchi tu makan sikit-sikit.. hehehe.. Tinggal lagi tak seberapa ke kimchi tu..

Stok aiskrim musim PKPD.. Kebetulan encik suami kena bertugas sebagai frontliner dan bawa orang ke Klinik, maka sempatlah Sha mengirim sebundut aiskrim.. hehehe.. Beli dekat Petronas semasa menunggu tangki minyak penuh.. hehehe..

Melendut batang pokok bidara dengan buah..

Disebabkan lama tak jenguk dan siram, banyak buahnya yang dah tak elok.. Alhamdulillah masih dapat merasa, walaupun tak banyak.. Buahnya manis betul.. Berbaloi-baloi ditanam..

Sha baru pertama kali cuba kopi ini.. Mocha tu rasa dia lembut dan bau dia wangi.. Variety pack tu pula ada 12 flavour.. Ada yang okay dan ada yang Sha tak boleh telan.. Hahaha.. Rasa dia tak kena dengan tekak tapi kopi ini memang lembutlah rasa dia.. Antara yang menarik dan sedap untuk tekak Sha ialah Very Vanilla, Creamy Caramel, Coconut Delight, Nutty Hazelnut dan Double Chocolate.. hehehe

Pertama kali beli gajus yang berkulit ini.. Sha beli dengan rakan FB.. Sedap juga mengunyah kacang gajus ini sambil membaca..

Masuk pejabat, kawan belanja biskut munchy's.. Hehehe.. Jadilah buat kunyah-kunyah..

4 comments:

  1. Lebatnya buah bidara tu.
    Biskut munchhy tu fave Naura. Tapi dia jual dlm pek besar yang byk jenis tu.

    ReplyDelete
  2. Pertama kali nampak kek labu dan sos butterscotch. Menarik.

    ReplyDelete
  3. beanies tu sampai 12 perisa..huhu..menarik..

    ReplyDelete
  4. Kek labu, tak pernah jumpa. Rare tu. Lebat betul buah bidara KakSha. Sedapnya kacang gajus buat kudapan. Tak pernah lagi nampak yang ada berkulit.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..