Wednesday, August 4, 2021

ebook | Alahai Miss Blur oleh Ayra Zahra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini terlalu di awang-awangan sangat.. Penulis terlalu berfantasi.. Kisah Awatif yang blur tetapi diminati ramai lelaki.. Agak kurang menepati citarasa Sha namun Sha gagahkan jugalah untuk habiskan pembacaan.. Tu yang makan masa tu.. hehehe.. Okaylah kalau nak baca santai-santai..

Awatif dicipta penulis sebagai seorang yang blur, cantik dan baik hati.. Diminati Farhan, Adam dan juga Hadif.. Farhan bukan setakat suka tetapi obses dengan Awatif hinggakan dah kahwin pun masih mahukan Awatif.. Perasaan Farhan ini keterlaluan dan memang ada je manusia macam ini dalam dunia yang nyata.. Adam pula rakan sekerja Awatif dan mula menyukai Awatif bila Tasha menolak dirinya namun menerima kenyataan bila Awatif menganggap Adam hanya sebagai sahabat.. Hadif suka dan akhirnya berkahwin dengan Awatif itupun lepas memecat Awatif akibat kehilangan cek.. Pejabat sendiri ada CCTV tak akanlah tak boleh nak periksa bila cek hilangkan sebelum jatuh hukum.. Cerita dipanjangkan dengan beberapa konflik tambahan yang tak perlu pun.. Kalau di garap dengan lebih cantik, novel ini akan jadi lebih seronok dibaca..

Sha baca pada 01.08.2021 dan selesai pada 02.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2017 by Anaasa Publication

6 comments:

  1. kebetulan pulak ada kenalan pasangan nama awatif dan farhan. hihi..
    Cerita yang berlebih lebih awangan tak syok jugak kan.

    ReplyDelete
  2. Untung lah kalau realiti blurr pun orang suka. Tapi kalau cantik, yang jahat pun nampak baik hm. Dunia

    ReplyDelete
  3. mesti cctv props je yang beli dekat shopee tu hahaha

    ReplyDelete
  4. tak tau la nak kata blurr ke perasan..haha

    ReplyDelete
  5. Miss Blur kegilaan ramai ni 😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..