Monday, August 2, 2021

ebook | Dia Budak Jepun 2 oleh Rafina Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini sambungan terus dari Cinta Budak Jepun sebelum ini.. Kepulangan Ayumi ke Malaysia selepas Yuzuru bersara adalah untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka.. Ayumi selalu merasakan yang neneknya punya persaan dengan atuk Yuzuru dan bila terbongkar kisah sebenar, Ayumi risau hubungan yang baru dibina akan terlerai.. Maka rahsia yang terbongkar diaembunyikan.. Tapi rahsia terbongkar juga bila Ayumi dan Yuzuru kembali ke Jepun.. Rahsia menyedihkan yang pernah berlaku satu masa dahulu melibatkan keluarga Yuzuru.. Dalam masa yang sama Yuzuru kembali meneruskan Figure Skating dan menyebabkan pemain dari Malaysia cuba melakukan sesuatu yang tak baik pada Yuzuru.. Dugaan pula.. Namun penulis berjaya menjadikan hubungan Yuzuru dan Ayumi sihat bila mereka sering berkomunikasi setiap kali menghadapi masalah..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2020 by RMA Studio

5 comments:

  1. Waaahh, luar biasa penulis nak cerita pasal sukan. Figure Skating ni. :)

    ReplyDelete
  2. Jadinnya Ayumi dan Yuzuru tak berjodoh lah ye disebabkan perhubungan nenek dan atok mereka.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..