Monday, August 9, 2021

Filem France | The Last Mercenary (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang kelakar ini dilakonkan oleh Jean Cloude Van Damme.. Lama tak tengok beliau beraksi.. sha pun cubalah tengok filem ini.. Tak sangka filem aksi ini kelakar dan menggelikan hati.. Memang layanlah..

La Brume ini merupakan seorang agen rahsia yang bersembunyi di luar negara dan berkerja sebagai tentera upahan.. Tapi bila anak beliau dituduh melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan ditangkap, La Brume terpaksa kembali semula ke France demi menyelamatkan anaknya.. Tanpa disangka ada yang menggunakan nama anak beliau dan imuniti yang dimilikinya untuk melakukan jenayah.. selain menyelamatkan anak beliau, La Brume juga terpaksa melakukan siasatan mengenai rancangan jenayah yang akan membahayakan negara.. Memang kelakar filem ini walaupun ada babak aksi tapi ada beberapa adegan lucu yang tak keterlaluan atau di buat-buat..

The Last Mercenary
2021 ‧ Adventure/Comedy ‧ 1h 50m
Initial release: July 30, 2021
Director: David Charhon
Language: French
A former secret service agent returns to France to help his son get out of trouble.

5 comments:

  1. Best gak ceritanya ni. Ada hal lain disebalik selamatkan anak dia. Cerita aksi ada kelakar kelakar tu bestlah tengok

    ReplyDelete
  2. dah tua betul nampaknya van damme

    ReplyDelete
  3. Poster nampak serius. Tak sangka pula ada babak lucu. Kalau berkesempatan saya tengok hehe

    ReplyDelete
  4. woh cerita baru.. cantik la blog sha

    ReplyDelete
  5. siapa la yang guna nama anak dia tu. Kesian dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..