Tuesday, August 24, 2021

Marrybrown Eatalian! Box Meal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Marrybrown keluarkan set Italian pula.. Nampak kat Sha memang teringin nak dicubalah.. Lepas tu encik suami pun meracun sama, maka berjalanlah kita ke Marrybrown Tanjung Malim.. Sha beli set box terus.. Ada semua dalam set tu.. Kongsi dengan encik suami.. Anak-anak pula Sha beli makanan kegemaran mereka iaitu bubur nasi dan nasi kari.. Sha tak bubuhlah gambar makanan yang lain sebab tajuk pasal Italian meal box kan.. Jadinya kita cerita pasal box ini jelah.. Kitak dia comel je dan bila dibuka lengkap semuanya kat dalam box tu.. Harga pada Sha agak mahallah namun berbaloi dari segi rasa.. Kenyang dan boleh dimakan berdua..

Cantik box dia.. Tapi agak mengejutkan jugalah bila tengok saiz dia.. Comel gitu.. Hehehe.. 

Italian Box Meal RM27.90
MB Spaghetti - Sedap dan comel.. Tak terlalu masam, banyak isi ayam dia..
Ayam 1 ketul - Sedap.. Boleh beli lagi
Burger - Okaylah.. Not bad 
Cheesy Rice Bites (4pcs) - Yang ini memang superb.. Diperbuat dari nasi dan rasa dia agak mengejutkan sebab sedap.. hehehe..
Air - Sha pilih Fanta anggur..

Mushroom soup - RM2.50
Ini Sha add on.. Sebab Imani suka makan mushroom soup kan.. Pertama kali cuba.. Sekali lagi agak mengejutkan dari segi rasa.. Sedap dan dia bubuh daun bawang.. Rasa yang memikat untuk dibeli lagi..

7 comments:

  1. Aduhaiiii mengoda sungguh ni..kita suka mushroom sup piza hut

    ReplyDelete
  2. Wow teringin nk beli jugakla kak, tengok spageti tu nampak sedap ramai yang kata sedap

    ReplyDelete
  3. Macam sedaplah menu terbaru MB ni. Tapi tak dapat nak cuba sebab tak ada cawangan MB yang berdekatan.

    ReplyDelete
  4. kalau dah terpikat bolehlah beli lagi hehe

    ReplyDelete
  5. kemas betul packaging dia. nanti nak try juga box meal ni :)

    ReplyDelete
  6. Haritu nak terbeli jugak tapi tak jadi. Add on rice ball tu je. Biasa beli bubur je. Bubur ayam MB sedap!

    ReplyDelete
  7. Ayam MB memang sedap even warna dia nampak mcm goreng banyak kali ahhaha rasanya mmg macam tu ayam goreng MB. Betul kata kaksha harga agak mahal sikit. Sekali sekala try boleh lah reward diri sendiri kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..