Friday, September 24, 2021

ebook | Ivy Raihana oleh Jaja Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jatuh cinta pula Sha dengan karya penulis ini.. Setiap penulisan beliau pasti akan ada ilmu menarik yang diselitkan.. Macam novel Ivy Raihana ini.. Kisahnye mengenai Ivy Raihana yang tinggal bersama neneknya kerana tak nak neneknya hidup sendirian di kampung.. Terkenal dengan Fayed melalui cara yang salah.. Fayed pula lelaki yang ego dan baran namun tidaklah sampai memukul.. Dalam baran-baran pun ada baiknya.. hehehe.. Kalau tak, tak adalah berkahwin Ivy dan Fayed..

Konflik dia bila bekas isteri Fayed iaitu Lidiya muncul dan mengganggu hidup Fayed dengan nak kembali ke sisi Fayed.. Jadi masalah bila bekas bapa mertua Fayed memaksa abah Fayed untuk menikahkan mereka kembali.. Tanpa mereka sedari ada sebab lain kenapa Lidiya bertegas nak rujuk semula dengan Fayed.. Namun sikap tegas Fayed dalam mengatakan tidak telah menyebabkan hubungan Fayed dan ayah dia terganggu.. Kerana Lidiya juga, Ivy dan Fayed bergaduh.. Salah pada Fayed juga sebenarnya.. Patutnya Fayed terangkan keseluruhan cerita pada Ivy dan kenapa Fayed tak pernah percaya dengan Lidiya.. Hubungan anak dengan ayah juga sepatutnya tak ada pilih kasih... Sepatutnya seorang ayah menasihatkan anaknya untuk jadi baik, bukan bersubahat melakukan kesalahan, bukan juga menghukum sebelum menyiasat.. Memang bestlah..

Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2021 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..