Tuesday, September 14, 2021

ebook | Kau Belacan, Aku Keju! oleh Ayuna Asma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun kisahnya nampak macam biasa-biasa je namun menarik juga olahan penulis.. Ayuna anak orang berada yang diabaikan kasih sayang dan perhatian kerana orang tuanya terlalu sibuk membina empayar perniagaan namun dari segi kebendaan dan lain-lain cukup je.. Ayuna lebih rapat dengan pembantu rumah dan pemandu beliau.. Malah Ayuna lebih senang meluahkan masalah pada kawan-kawan baiknya.. Ayuna sangat berminat untuk menjadi cikgu Pendidikan Khas tapi mak dan ayah dia nak Ayuna mewarisi perniagaan yang diorang bina.. Kerana minat Ayuna ini, Ayuna bertengkar dengan keluarga tapi atas bantuan kawan baik Ayuna iaitu Zarra, masalah berjaya diatasi.. Maka Ayuna berjaya meneruskan praktikal dan akhirnya menjadi cikgu.. Semasa praktikal Ayuna berkenalan dengan Faeq, disinilah bermula kisah belacan dan juga keju.. hehehe.. Konflik perkerjaan Ayuna ini sebenarnya ada je terjadi dimana-mana bila pekerja yang lebih senior menabur fitnah untuk menjatuhkan rakan sekerja.. Memang tak sangkalah, sebab nya remeh gila.. Bila terbongkar kan dah menjatuhkan maruah dan nyaris menyebabkan kerjaya orang yang difitnah hancur.. 

Konflik dalam buku ini pada Sha menarik sebab berkaitan dengan hubungan kekeluargaan, persahabatan, percintaan dan juga perkerjaan.. 

Sha baca pada 11.09.2021. dan selesai pada 12.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Jemari Seni Sdn. Bhd. (first published September 1st 2013)

2 comments:

  1. Sedih pulak kisah Ayuna. Profession ditentang family yang nak Ayuna majukan family business. Mujurlah ada bantuan kawan. Lepas tu kena fitnah pulak.
    mesti menarik kisah Ayuni dan Faeq tu.

    ReplyDelete
  2. jarang jumpa cikgu perempuan nak jadi guru pjk

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..