Saturday, November 27, 2021

Filem Melayu | Kha3nak: Serangan Pocong (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita dia pening betul nak faham sebab guna loghat Kelantan kan.. Bolehlah layan santai-santai.. Fahamlah sikit-sikit penceritaan dia.. Gangguan pocong yang menghuru harakan kampung.. hehehe.. 

Pengarah: Emma Kasmuri
Penerbit: Emma Kasmuri
Penulis: Ahmad Abila Ariffin
Dibintangi oleh: Harry Khalifah, Diana Ezety, Kamarool Haji Yusoff, Hushairy Hussein, Along PM, Amin AR, Shan Jeevan
Kisah berlatar belakangkan sebuah kampung di pinggir bandar, di mana pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan, tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.
Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur, Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani.
Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong; ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..