Monday, December 27, 2021

ebook | Noblesse Season 6, box set 3 vol.s (Noblesse, #17-19) by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imbas semula kejadian pengkhiantan yang berlaku sebelum ini dimana Lord yang cuba melakukan pengkhianatan merancang untuk membunuh Frankenstein yang akan menjadi penghalang besar mereka.. Percubaan mereka tak berjaya sebaliknya telah menyebabkan kontrak darah anatara Frankenstein dan Raizel berlaku.. 

Pada masa kini ini, gangguan yang disebabkan oleh Ignes Kravei membawa kepada satu siri pendedahan penting iaitu identiti Frankenstein serta asal usul Lembing Gelap yang digunakan Frankenstein.. Selepas melaksanakan Roctis Kravei, kesihatan Raizel yang semakin merosot bertambah teruk ditambah pula dengan pertemuan semula yang tidak dapat dielakkan dan konfrontasi dengan Muzaka.. Selepas pertempuran yang huru-hara, Raizel hanya boleh menunggu kematian sementara Union pula terus menerus menghantar Elder ke Korea.. Namun kemunculan Lascrea membawa sinar baru untuk Raizel..

Sha baca pada 25.12.2021 dan selesai pada 26.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.. Boleh juga baca online di Webtoon..
Published 2016 by Vibridge

1 comment:

  1. nasib baik Lascrea dapat bantu raizel. sedihnya kalau kena tunggu mati je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..