Thursday, December 30, 2021

Filem Melayu | Dendam Kesuma (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah filem yang membawa kita kepada kebergantungan kepada Allah.. Walau apapun yang berlaku kita selayaknya memohon pada Allah.. Kisah dendam yang terpendam dan cuba dilampiaskan kepada anak menantu hanya kerana hati dikhianati.. Cerita dan isinya nice..

JUDUL : DENDAM KESUMA
TARIKH TAYANGAN : 4 November 2021
PENGARAH : Jefri Jefrizal
PRODUKSI : Richplus Media Sdn Bhd
PELAKON : Jefri Jefrizal, Bella Paloma, Haliza Khalili, Nazreen Putra, Marissa Ezureen

SINOPSIS DENDAM KESUMA
Mengisahkan Hadri, yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan semenjak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma.

Perkahwinannya dengan Meena dikurniakan dua cahaya mata, Ali dan Suri. Namun, suasana di rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya.

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu sentiasa tidak diendahkan.

Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru, kelakuan aneh Suri itu sering menimbulkan tanda tanya buat Meena.

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..