Friday, January 7, 2022

ebook | All You Need is Kill, Vol. 1 & Vol 2 (All You Need Is Kill Manga #1 & #2) by Ryōsuke Takeuchi, Takeshi Obata, Yoshitoshi Abe (Illustrator), Hiroshi Sakurazaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

All You Need is Kill merupakan komik mengenai peperangan manusia dengan makhluk asing yang dipanggil Mimic.. Watak utama dia Keiji dan Rita..

Buku pertama menyampaikan kisah bagaimana Keiji terpaksa melalui hari kematian dia secara berulang-ulang.. Mulanya Keiji takut dan resah, namun kemudiannya Keiji mengambil peluang tersebut untuk melatih kemahiran beliau berperang.. Strategi, mencari senjata yang sesuai dan juga merancang setiap saat yang beliau ada.. Komik pertama ini tamat bila mana Rita menegur Keiji..

Buku kedua pula bermula dengan sejarah mengenai Rita dan bagaimana Rita juga terpaksa melalui hari kematian dia secara berulang-ulang sampailah Rita berjaya mencari punca dan menghapuskannya.. Kemudian Rita muncul di tempat peperangan Keiji dan mereka mula berkerjasam untuk menyelesaikan perkara yang boleh menghetikan putaran masa yang berulang-ulang.. Apa yang Keiji tak sangka adalah sesuatu yang akan menyebabkan kesedihan pada Keiji sekiranya putaran masa tu berjaya dihentikan.. 

Komik habis.. Menang atau tidak perlawanan manusia dengan makhluk Mimic tu tak pula dinyatakan..

Sha baca dan selesai pada 07.01.2021..
Sha baca menggunakan aplikasi PDF..

Published June 19th 2014 by VIZ Media: SHONEN JUMP ADVANCED (first published June 17th 2014)

Published June 19th 2014 by VIZ Media: SHONEN JUMP ADVANCED

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..