Sunday, January 23, 2022

Telefilem Melayu | Zombie Jarum Vaksin (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama vaksin lagi.. Walaupun tak minat Farid kamil tapi cerita pasal vaksin ini, menarik je.. Hahaha.. Tambah bila paparkan cerita macam ini.. Farid yang terlalu takutkan vaksin sampai mimpi benda bukan-bukan.. Tunang si Farid ini pula benganglah disebabkan Farid tak nak vaksin, perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan.. Macam-macam yang Nisa dan kawan Farid ini buat demi menyedarkan Farid tentang pentingnya vaksin.. Adalah part yang berjaya buat Sha gelak dan ada yang tak berapa menjadi..

Zombie Jarum Vaksin
Waktu Siaran: Sabtu, 11 Disember 2021, 9:00 malam  
Rangkaian: Astro Citra 108
Penulis Skrip: Siti Aisyah
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Farid Kamil, Jue Aziz, Mustaqim Bahadon, Arie Zaharie, Mak Wan Latah, Kamsani Ismail, Syazwani Bakri, Kamsiah Ali

Sinopsis Zombie Jarum Vaksin
Nisa dan Farid merupakan pasangan tunang dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Mereka mempunyai satu masalah di mana Farid takut untuk menerima vaksin. Hal ini turut membebankan Nisa kerana keluarga Nisa tidak bagi mereka berkahwin selagi farid belum divaksin. Nisa bengang dan pergaduhan berlaku. Nisa tetap berkeras mahu tahu apakah punca Farid tidak mahu divaksin.

2 comments:

  1. Lain sikit watak Farid Kamil dalam cerita ni kan. Okaylah tengok cerita ni santai santai dan relate dengan situasi sekarang.

    ReplyDelete
  2. Haahahahaha baca sinopsis pun nak ketawa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..