Wednesday, February 16, 2022

Coretan Hari Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuti hari ini sebab Amani terima hadiah sempena Hari Anugerah Cemerlang.. Cumanya konsep dia drive thru je.. hehehe.. Sha masuk dalam sekolah, turunkan Amani dekat dewan lepas tu tunggu luar sekolah.. Tak lama lepas tu, Amani dah keluar bawa hadiah.. Jadinya tak adalah berkumpul ramai-ramain.. Cepat pun cepat.. Tak sampai 5 minit dah selesai.. Norma baru kan..

Amani bersama hadiahnya..

Lepas tu bawa Amani dan Imani ke kedai ECO.. Lama dah dor ratib nak kedai ECO.. Tapi tulah.. Bila dah balik tetaplah tak beli juga barang yang sepatutnya.. Hahaha.. Rambang mata duk dalam kedai ECO tu.. Kikikiki..

2 comments:

  1. Tahniah amaninseronok dpt hadiah

    ReplyDelete
  2. Tahniah Amani. Biasalah tu kaksha, masuk ECO mesti rambang mata. Lepas tu lupa tujuan asalnya nak beli apa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..