Wednesday, February 2, 2022

Day 3 - 10 | Positif Covid-19

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk hari ketiga, emosi tak berapa stabil.. Encik suami masih lagi batuk.. Sha pun dah mula gatal tekak kemudian selsema.. Sha ambil masa untuk bertenang dan lalui ujian ini bersama keluarga.. Beberapa entry sebelum ini adalah entry yang telah Sha set supaya keluar pada waktu tertentu.. 

Entry ini adalah perkongsian Sha untuk tempoh kuarantin kami sekeluarga.. Baru ada semangat nak menulis.. huhuhu.. Buat pengetahuan semua, pesakit covid19 ini perlukan sokongan dan semangat dari rakan dan keluarga.. Cukup sekadar bertanya khabar melalui mesej whatsapp, Facebook, IG atau media sosial lain dah mampu buat pesakit covid19 tersenyum.. Terkurung di rumah akibat sakit ini adalah berbeza perasaannya berbanding duduk terkurung semasa MCO.. Sekiranya anda tahu ada rakan, saudara atau sesiapa sahaja yang ada kenal di kuarantin sebab covid19 cubalah bertanya khabar dan berikan kata semangat buat mereka..

Day 3
Alhamdulillah, Imani dah makin okay.. Malam semalam, Amani pula mula tunjukkan tanda demam.. Petang tu Sha dah buat wap cengkih dan pantau oksigen kami sekeluarga dengan oximeter, nampak macam Amani okay.. Malamnya lepas maghrib suhu dia naik.. Terus bagi makan panadol dan basahkan kepala dia dengan air asam jawa.. 

Merah padam muka dia masa ini.. suhu dia naik tiba-tiba..
Pukul 12.30 suhu dia dah turun sikit, tapi bila sukat oksigen dia pun turun juga.. terus rebus cengkih dan letak dekat dia.. Wangi satu rumah dengan bau cengkih.. Sejam lepas tu paras oksigen dia naik balik.. Alhamdulillah.. Kita usaha dan ikhtiar, yang memberikan kesembuhan itu Allah.. 

Kemudian malamnya Sha pula diserang kegatalan pada tekak.. Memang tak boleh nak tidurlah dibuatnya.. Semalaman gelisah.. Sampai ke pagi hanya tidur-tidur ayam..

Day 4
Masuk hari ke empat Sha dah mula pening sebab tak cukup tidur dan tekak terasa gatal ya amat.. Sha mula batuk-batuk.. Encik suami dan Amani masih lagi batuk.. Imani je Alhamdulillah nampak okay.. Sha memang buat air cengkih tu setiap hari dan malam.. Sangat-sangat membantu.. Selain tu, ada rakan pejabat berikan minyak Habbatussauda untuk Sha makan sebagai usaha.. Mana je petua yang diberikan rakan-rakan, semua Sha cuba dan usaha.. 

Day 5
Hari kelima di rumah.. Sha masih lagi gatal tekak dan mula nak selsema pula.. Memang duk minum air lemon dan makan limau.. Habbatus sauda tu Sha titis waktu pagi dekat lidah.. Imani dengan Amani dah mula bosan.. Berjalan dari dapur ke bilik, ke ruang tamu, ke dapur dan ke bilik.. hehehe.. 

Jam 3 petang ex bos mesej tanya Sha ada dekat rumah ke.. Rupanya nak hantar barang makan dan juga hadiah.. Alhamdulillah.. Rezeki hari Jumaat..

Tak lama lepas tu kawan encik suami pula telefon.. Nak bagi kudapan buat hilangkan bosan semasa di rumah.. Rezeki lagi.. Alhamdulillah..

Day 6
Tak boleh nak tidur, tekak sakit sangat-sangat.. Sudahnya wapkan muka dengan air cengkih, bancuh secawan air asam jawa pekat dan sebekas air suam untuk legakan tekak.. Memang perit ya amat.. Dia punya gatal dan sakit tu tak mampu nak diterangkan..

Day 7-10
Walaupun ada kegatalan namun tak seteruk sebelum ini.. Sesekali hingus meleleh lah juga namun lepas bersin je.. Selsema Sha betul-betul kering masuk hari ke 8, masa nie emmang lega sesangatlah sebab dah tak selsema.. Seksa dia tak tau nak cakap macam mana.. Anak-anak dengan encik suami alhamdulillah dah okay.. Namun tetaplah kami makan oren dan lemon untuk tambah imun badan.. 

Alhamdulillah.. Ujian ini berjaya kami lalui dengan sokongan rakan dan jiran di sekeliling kami.. 

6 comments:

  1. Hanya yang mengalaminya sahaja mengetahui keadaan sebenar serangan c19 ini
    Syukur dah beransur sihat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah kembali sihat sha dan keluarga....

    ReplyDelete
  3. semoga sha sefamily kembali pulih..
    anak-anak mungkin cepat pulih..tp yg dah berusia sikit lambatlah.

    teruskan je buat apa yg sha buat sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Sha dan keluarga dah sihat. Memang tak best bila sakit, lagi-lagi kalau anak-anak. Rezeki ada kawan-kawan dan jiran yang prihatin.

    ReplyDelete
  5. Semuga sha tabah hadapi dugaan ini. Memang sokongan keluarga dan kawan-kawan buat kita semangat nak lawan virus tersebut. Tapi apa pun hanya Allah tempat kita mengadu. Alhamdulillah semuga cepat sembuh sha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..