Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha dapat pinjam sampai episod 07 je siri ini.. huhuhu.. Tergantunglah cerita ini pada Sha.. Sha buat review sekali jelah.. Senang..
Kisah pengembaraan Ten dan Lianne dalam meneruskan kehidupan selepas Malaysia diserang zombie.. Buku pertama mengisahkan tentang Ten dan Buku kedua pula tentang Lianne dan bagaiman mereka berkenalan.. Buku ketiga mereka bertemu dengan zombie yang digelar One Eye.. Zombie ini macam advanced sikit sebab boleh memandu dan mempunyai mata manusia.. Buku keempat, Ten dan Lianne bertemu dengan doktor Sean yang agak meragukan dan sebuah keluarga yang ingin ke Taiping.. Buku kelima, mereka terperangkap di dalam hutan.. Dikejar zombie dan juga dianiaya manusia tak bertanggungjawab.. Ten dan Lianne terpisah.. Sean mula menunjukkan belangnya.. Dalam buku keenam, ditunjukkan backstory hidup Sean dan kaitan dengan perempuan yang menculik beliau.. Masa ini Lianne terpaksa berdepan dengan zombie mata satu yang bijak, mujurlah ada yang membantu mereka.. Buku ketujuh membawa pembaca menyaksikan kemusnahan bandaraya KL dan kakak Ten tak dijumpai.. ketika ini juga ada zombie yang menyerang manusia dengan bijak..
Sampai sini je yang berjaya Sha baca.. Lagi 3 buku tidak ditawarkan untuk peminjaman oleh PNM e-Reader..
Sha baca dan selesai pada 17.02.2022..
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
harap2 nanti boleh baca juga secara atas talian yang lagi tiga tu kan kak sha :)
ReplyDeleteAlahaii..tak syok pulak tak dapat baca sampai habis.
ReplyDelete