Tuesday, February 1, 2022

Novel | Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku: Dari Kentucky ke Busan! oleh Nursyazni Abdul Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahniah buat penulis untuk sebuah buku yang sangat ohsem.. Pujian ini Sha berikan pada beliau kerana isinya yang memberikan pengetahuan pada kita sebagai pembaca bahawa membaca itu bukanlah semestinya buku.. Apa sahaja bahan seperti risalah, nota helaian iklan mahupun majalah juga dipanggil bahan bacaan.. Malah bahan bacaan ini pasti mempunyai ilmu baru buat kita yang membaca..

Membaca buku ini menyentuh perasaan Sha.. Pertamanya mengenai kehilangan mak dan ayah Nadim.. Nadim yang terpaksa bersekolah di sekolah kerajaan dan tinggal bersama makciknya.. Meninggalkan kemewahan dan hidup bersederhana.. Namun penulis berjaya mewujudkan suasana yang positif buat Nadim di sekolah dan memperkenalkan Nadim dengan Kelab Ulat Buku.. Dari seorang yang tak minat membaca hinggalah akhirnya Nadim jatuh cinta dengan aktiviti membaca..

Penyampaian yang sangat menarik dari penulis.. Ceritanya ringan namun sarat dengan perkongsian yang baik.. Bacaan ini asalnya Sha belikan untuk Amani.. Tapi biasalah, emak kena baca dulu sebelum diberikan pada Amani dan Imani.. Penggunaan perkataan yang ringkas dan penerangan yang jelas.. Sha cadangkan untuk anda beli dan baca.. 

Semoga penulis terus diberikan ilham untuk berkarya..

Sha baca dan selesai pada 26.01.2022..

Koleksi peribadi Sha..
Published January 1st 2022 by Nursyazni Abdul Rahim

3 comments:

  1. Tahniah kepada SR berjaya menghasilkan sebuah lagi karya kreatif

    ReplyDelete
  2. Terima kasih buat Kak Sha atas feedback, dan terima kasih sebab sudi beli buku saya ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..