Monday, February 14, 2022

Novel | Rumah Angker oleh Rhea, Syasya de Luna, Nurharyati Ishak, Eb Reeza, Lyla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini ada 5 cerita seram dari 5 penulis wanita.. Kesemua cerita menarik.. Namun ambil masa seikit untuk Sha habiskan bacaan..

1. Buaian oleh Rhea
Buaian ini best sebab ada nama Sha sebagai watak utama.. hahaha.. Boleh tak nak berlagak.. Kisah Shahida yang berpindah dari bandar ke kampung demi menjaga ibunya.. Shahida berkerja sebagai pembantu rumah di Banglo Tuan Harris dan perlu bermalam di rumah tersebut untuk menjaga ibu Tuan Harris yang lumpuh serta anak perempuan Tuan Harris.. Namun tanpa disangka Shahida di ganggu gadis yang bermain buaian di tengah malam.. Kerana perasaan ingin tahu, Shahida menyiasat kejadian yang berlaku di rumah tersebut.. Nyawanya nyaris terkorban, mujurlah ada yang membantu.. Semuanya kerana sifat dengki..

2. Khutub Khanah oleh Syasya de Luna
Cerita kedua ini pun best sebab temanya Perpustakaan.. Denny berkerja secara sambilan di Perpustakaan sebuah Kolej.. Selain mencari duit poket Denny juga menggunakan peluang pekerjaannya untuk mencari bahan tambahan bagi tugasan beliau.. Naina pula gadis yang minatkan Denny.. Semuanya berubah bila Naina dan Denny terleka di Perpustakaan hingga terlajak waktu.. Ketika inilah Khutub Khanah memunculkan diri di tingkat atas.. Denny dan Naina teruja melihat buku-buku lama di yang banyak di tingkat atas tapi tak terperangkap.. Naina yang tak berpuas hati telah datang sekali lagi dan terperangkap.. Denny cuba masuk namun ditolak keluar oleh Naina.. Rupanya Khutub Khanah bukanlah tempat biasa.. Ada yang membuat perjanjian hingga manusia menjadi korban.. Bukan mudah mengeliarkan Naina dan mereka yang terpernagkap namun ada yang sudi membantu..

3. Puaka Rumah Tinggal oleh Norhayati Ishak
Rumah yang telah lama ditinggalkan menjadi tumpuan Dani dan Yus untuk mencari barang berharga demi memuaskan nafsu mereka kepada dadah.. Walaupun dihalang Yus dan Dani tetap ke rumah yang dikatakan berpuaka tu.. Malang menimpa mereka bila mereka tak dapat keluar dari rumah tersebut bila lautan luas muncul secara tiba-tiba.. Yus terdampar di tepi laut dan bertemu perempuan cantik.. Dani pula kelemasan.. Kehilangan Dani dan Yus mengejutkan tambahan pula bila Dani dijumpai dirumah puaka tersebut tidak bernyawa.. Manap yang melarang mereka merasa takut sebab ternampak sesuatu yang tak sepatutnya bila mereka cuba menyelamatkan Yus dari puaka tersebut.. Berjayakah Manap membantu Yus.. 

4. Sepatu Kristal Merah oleh Eb Reeza
Julie sering menjadi mangsa buli Marini dan kawan-kawannya.. Namun semuanya berubah bila Julie terjumpa sepasang sepatu kristal di Gua Kristal semasa mengikut Marini.. Kerana sepatu tersebut Julie menjadi berani dan lebih bergaya.. Marini pula hilang secara tiba-tiba..

5. Villa Rosemaryoleh Lyla
Villa yang disembunyikan dari pandangan manusia namun didatangi keluarga Nazira dan juga rakan baiknya.. Walaupun telah dihalang dari memasuki Villa namun mereka tetap bercuti disitu.. Satu persatu perkara pelik mula menghantui mereka.. Cubaan untuk keluar dihalang, mujurlah ayah dan abang Nazira datang mencari mereka.. Mereka dibantu Pak Cik Maarup dan berjaya diselamatkan sebelum menjadi korban sipemuja syaitan..

Sha baca pada 10.02.2022 dan selesai pada 14.02.2022

Koleksi peribadi Sha.. Novel pre loved..
Published March 2020 by Karya Publika

2 comments:

  1. Menarik ada kisah 5 cerita yang berbeza. Boleh baca penulisan penulis yang berbeza juga.

    ReplyDelete
  2. macam best pulak kisah seram keempat tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..