Monday, March 14, 2022

ebook | Puaka Koperasi Sekolah oleh Mira Ishak, Siti Solehah, Balqis Jaz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tarik Duit - Balqis Jaz
Kisah yang tak terjangkau.. Amir mampu melihat makhluk yang tak kelihatan secara nyata.. Bila Amir diganggu, dia mula mencari puncanya.. Ketika inilah Amir tahu mengenai hantu yang ada dalam Koperasi Sekolah.. Hantu tersebut sepatutnya menyesatkan mereka yang mengamalkan cara hidup Islam namun terperangkap bersama manusia yang tamakkan duit.. Amir berjaya memerangkap bukan sahaja hantu tersebut malah tuannya juga berjaya diberkas polis..

Kunci Lolipop - Mira Ishak
3 sekawan yang membantu menguruskan koperasi sekolah diganggu dengan perubahan barang-barang di dalam koperasi dan nama mereka diseru.. Bila dimaklumkan pada guru, guru mereka tak percaya.. Zaidan diganggu dengan ekstrem bila dia menyatakan yang dia inginkan lampu ajaib menunaikan impian dia untuk menjadi kaya.. Zaidan berubah menjadi pemarah bila dia mendapat sebatang kunci berbentuk lolipop..

Pemadam 20 Sen - Siti Solehah
Aduh.. Lama tak main lawan pemadam.. Kisah ketiga ini berjaya mengimbas kenangan lama.. hehehe.. Arif dan Hakimi memang berkawan baik namun hanya kerana permainan lawan pemadam mereka menjadi musuh.. Kerana tidak berkawan lagi, ada yang cuba menghasut dan menarik Arif ke arah lain.. Mujurlah Hakimi masih sudi membantu dan menyelamatkan Arif..

Sha baca dan selesai pada 13.03.2022..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published September 17th 2020 by Penerbit X

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..