Thursday, March 10, 2022

Filem Melayu | Hantu Mok Joh (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Tambahan pula bila menggunakan dialek Kelantan.. Lagi umph lah jadinya.. Seronok je tonton sebab ada sarikata bahasa Melayu, jadi mudahlah faham perjalanan ceritanya.. Cepat sangat orang kita menyebarkan perkara tak baik, bukan nak siasat kebenaran.. Kesian Mok Joh yang dituduh membela dan kemudianya mati hinggalah membawa kepada kekacauan yang kononnya datang dari hantu belaan Mok Joh.. Walhal yang buat kerja tak baik tu elok je depan mata.. Langsung tak ada perasaan bersalah.. Bila tahu kebenarannya, rasa macam nak ketuk je kepala si pembuat onar yang sebenar.. Filem seram komedi yang menarik..

Hantu Mok Joh
Genre: Seram Komedi
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2022 
Rangkaian: Astro First saluran 480
Skrip: Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Cerita Asal: Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Pengarah: Asri Baq’U Tajudin
Produksi: Kentang Hijau Universal Production
Sinopsis Hantu Mok Joh
Pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh. Antara yang paling popular ialah Mok Joh mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. 

Dalam masa yang sama, penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut. Yem yang mendapat khabar tentang berita kehilangan ibu saudaranya itu segera berangkat pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mencari cerita yang sebenar.

5 comments:

  1. Boleh tengok ni. Semalam duk tengok balik 16 Puasa, 17 Puasa.

    ReplyDelete
  2. ni kak sha beli movie ni kat astro ke kak sha?berapa ringgit ea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. rasany dalam 15.90 kalau tak silap.. Hehehe.. lupa pula..

      Delete
  3. Akak dari bulan lepas nak tengok tapi asyik lupa je. Mesti kelakar kan...

    ReplyDelete
  4. Tak dapat nak nengok sebab tak ade Astro 😅.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..