Friday, March 4, 2022

Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita hari ini.. Hehehe.. Disebabkan rehat hari Jumaat 2 jam 30 minit makanya, Sha dan Yaya (rakan sekerja baru) merayap ke rumah Siti Hajar.. Dijemput untuk dijamu laksa Kedah dan lauk yang baru pertama kali Sha makan.. Terung bulat kecik dan air asam cabai picit.. Pergh!! Menjilat jari.. Habislah sepinggan nasi.. Lauk dia tu je tapi cukup untuk membuka selera.. Sakanlah Sha makan.. Lepas makan nasi tambah laksa pula.. Hahaha.. 
Inilah lauk rare yang dihidangkan pada Sha.. Terung dan air asam picit cabai.. Pergh!! Kalau tak sebab nak rasa laksa, memang tambah nasi lagi..

Menu tengahari tadi.. Tq Hajar..

Lepas makan jamu mata pula dengan aneka pokok keladi yang Siti Hajar ini tanam.. Lawa-lawa coraknya.. Ada yang pertama kali Sha tengok dan ada yang Sha biasa jumpa.. Trend kan sekarang.. Sha hanya mampu memuja dari kejauhan sahaja.. Hahaha..



Tiga yang atas ini, pertama kali Sha tengoj.. Memang lawa corak dia..





Yang lima ini pula biasa Sha tengok..

7 comments:

  1. first time jg tgk masakan mcm ni..air asam tu nampk mcm ada ikan goreng..sedap nih..laksa lagi..

    ReplyDelete
  2. Yarabbbiiiiiii..sedapnya lauk...lama x makan..air asam picit tu dia campur sekali ikan rebus ke? Uiii keladi...akak baru ada sepokok kat opis..tgh subur cantik..

    ReplyDelete
  3. Pertama kali nampak gandingan menu terung dan air asam tu. Memang unik.

    ReplyDelete
  4. Rezeki di hari Jumaat. Lauk macam ni walaupun simple tapi menyelerakan. Cantik cantik daun pokok keladi tu.

    ReplyDelete
  5. Sedap je. Teringin nak rasa lauk unik tu.

    ReplyDelete
  6. Memang tambah nasi laa kalau menu ulam ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..