Saturday, March 26, 2022

Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah Agama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang, sekolah agama buat penyampaian hadiah bagi tahun 2021.. Bersekali dengan Majlis Perpisahan Ustazah mereka yang akan bertukar.. Tapi majlis ini hanya untuk murid dan tenaga pengajar sahaja.. Mak ayah tak dijemput.. Norma baru kan.. Amani dan Imani masing-masing bawa balik hadiah.. Mak ambil gambar dalam kereta je buat kenangan mereka..

Amani juga terima surat lantikan menjadi pengawas dan jawatan tu tak boleh ditolak.. Mujurlah ustaz dan ustazah bagi tempoh untuk pembelian kain merah hati.. Sha pula dah buat kain hijau dia 3 helai.. Nampak gayanya memang kena simpanlah.. Nak mencari kain merah hati pula.. 

Imani dan hadiahnya..

Amani dapat duit juga sebab cemerlang UPKK.. 

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..