Saturday, March 5, 2022

Novel | Magna Sayap Hitam oleh Iwan Reaz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini menarik sebab mengajar kita supaya menyampaikan kebenaran ataupun ilmu bukan hanya dalam kalangan kita sahaja sebaliknya kita juga perlu berdakwah juga kepada orang yang tersasar jauh dari landasan kebenaran.. Manusia mudah teruji dengan nafsu demi mencapai matlamat yang diingini namun perlulah disedari yang matlamat tidak menghalalkan cara.. Manusia sangat mudah terpedaya dengan ganjaran dunia, namun tanpa disedari jalan yang diambil memberikan kemudaratan kepada diri sendiri.. Sha sangat suka dengan perjalanan cerita ini.. Banyak memberikan teguran kepada Sha sebagai pembaca.. Tahniah buat penulis untuk satu cerita yang menarik..

Sha baca pada 03.03.2022 dan selesai pada 04.03.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2018 by Buku Puris

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..