Saturday, March 19, 2022

Persiapan Sekolah Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin (21.03.2022) dan mula sesi persekolah baru.. Amani dah darjah 6 dan Imani darjah 3.. Sha baru nak balut buku teks Imani.. Sebenarnya buku tu dah siap berbalut tapi balutannya kurang cantik, Imani minta balutkan semula.. Sha layankan aja.. Semalam baru ambil kain sekolah Amani dekat tukang jahit kesukaan Sha.. Sha buatkan Amani kain biru 2, kain hijau 3 dan kain puteri Islam 1.. Imani pula tambah 1 kain biru.. Kain hijau Amani yang Sha buat masa tahun 2020 masih elok lagi jadi tak payah tempah.. Baju kurung putih Sha beli siap je untuk Amani, Imani pakai yang Amani punya.. Masih elok.. Sehelai baju Amani tu harga dia RM30.99.. Sha beli 5 boleh pakai untuk sekolah agama sekali.. 1 hari 1 baju.. Tudung putih Amani pun kena tambah, Imani pun sama.. Cumanya tahun ini kurang sikitlah membeli baju.. Dah bijak sikit Sha.. Hehehe.. Biasalah, masa pun berubah.. Kalau masa awal-awal Amani sekolah memang kena sediakan baju sekolah agama dan sekolah pagi berbeza, tapi zaman sekarang tak payah.. Sebab apa Sha cakap tak payah, sebab dorang dah tak main.. Tambah anak-anak Sha bawa bekal jadinya baju tu boleh pakai satu hari.. Tak peluh dan tak kotor melampau..

Peralatan sekolah pun Sha tak beli sebab tahun lepas punya masih ada dan masa akhir sekolah hari tu anak-anak Sha ada dapat hadiah.. Cukuplah untuk awal tahun.. Nanti kita tambah sikit-sikit sepanjang sesi persekolahan mereka.. Beg pun masih elok.. Pakai je.. Bukan tak teruja tapi berjimat cermat.. Bila dah rosak dan dah tak ada, baru kita beli.. 

Membalut buku Imani.. Tampal sticker nama, tulis nama.. Amani belum dapat lagi buku teks..

5 comments:

  1. Wkmussalam
    Selamat naik darjah baru buat Imani dan Amani

    ReplyDelete
  2. Dah tak lama bebudak nak kembali ke sekolah .

    ReplyDelete
  3. Sekarang ibu bapa sibuk menyiapkan persiapan ahir untuk anak-anak ke sekolah. Selamat belajar Amani.

    ReplyDelete
  4. selamat kembali ke sekolah untuk Amani dan Imani

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..