Friday, April 22, 2022

Coretan 20 Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha memang sibuk.. Lama dah tak sibuk macam semalam.. hahaha.. Selalu buat program ringkas-ringkas je sebab Covid19.. Tapi untuk hari ini (Jumaat) ada program bersemuka dengan penyertaan ramai (harapnya) dan jemputan luar sebagai penceramah.. Jadinya semalam agak kalutlah sikit menyelesaikan apa yang patut.. hehehe.. Kebetulan pula semalam ada Program Baca Bersama 10 Minit yang dijalankan serentak di seluruh negara anjuran Perpustakaan Negara Malaysia, lagi kalut jadinya.. 

Pertama kali Sha balik lambat sejak kerja di tempat baru.. Selalu tu memang tepat masanya, terus balik.. kikiki.. Melihat persediaan akhir sebelum majlis, tu pun sebab tukar tempat di saat akhir..

Semalam juga sempat jadi jurugambar terkejut untuk Lawatan MCMC.. Lama dah tak jalan tawaf tempat, semalam merasalah tawaf tempat kerja.. kikiki.. Semoga lepas ini akan ada perubahan untuk line telefon yang sendu di sini.. kikiki..

1 comment:

  1. Samalah dengan saya semalam kak.. Semalam memang sibuk giler untuk semua warga pustakawan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..