Tuesday, April 5, 2022

Novel | Vendetta oleh Tey Marzuki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menyampakan betapa dendam yang tersimpan boleh menyebabkan manusia bertindak tanpa kewarasan.. 3 pembunuhan berlaku dengan kejam dimana setiap satunya dibunuh dan sebahagian anggota badan mereka dipotong dan ditinggalkan bersama cebisan kata yang melambangkan tindakan pembunuh.. 

Selepas pembunuhan, penculikkan pula berlaku.. Tindakan penjenayah akhirnya memberikan sedikit klu kepada polis dalam melakukan siasatan.. Satu kes salah laku perubatan terbongkar dan menjadi punca sebenar untuk setiap pembunuhan yang berlaku.. Memang ingatkan ada seorang je penjenayah dia walaupun ragu-ragu juga dengan tingkah laku seorang lagi watak.. Bila baca penamat dia, memang tak salah tekaan.. Hehehe.. Syok.. Tahniah penulis..

Sha baca dan selesai pada 05.04.2022..

Koleksi buku Sha..
Published May 1st 2020 by Penerbitan DearNovels

2 comments:

  1. seramnyaaa baca intro.. memang pembunuh bersiri betul

    ReplyDelete
  2. gila laa boleh dipotong badan pula. igt potong sayur ke

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..