Friday, April 8, 2022

Random Photo #4 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maflah ye kalau buat korang terliur.. Hehehe.. Tak tahu nak taip apa, jadi kita kongsilah pasal ini..

Beli biskut mazola ini bulan 2 hari tu, sampai sekarang ada lagi.. Sebab letak dekat pejabat.. Kalau letak dekat rumah, habis dah.. hehehe..

Roti cheese gula yang sedap ya amat..

Tart strawberry dan blueberry yang besar.. Satu ini RM2.50 tapi berbaloi sangat.. Cheese dan jem dia banyak gila.. Puaslah makan..

Tapai daun getah.. RM2 untuk setangkai (ada 3) ini.. Manis..

Seafood Aglio Olio - RM13.90
Sedap tapi agak pedas sedikit untuk Sha yang tak makan pedas.. Meriah dengan udang, memang berbaloilah bayar harga tu.. Kenyang..

Pertama kali cuba dimsum.. Senang je.. Kukus lepas tu dah boleh makan..
Imani dengan hadiah birthday dari kawan kakak dia..

Biras Sha jual, support biras.. Tapi memang sedaplah..

Beli kimchi.. Lama tak ada stok..

Sayur terung disangkut pada pintu kereta.. hehehe..

Belum puasa dah makan kuih raya.. Kawan pejabat bawa..

Dapat coklat.. nyum.. nyum..

Mangga muda rangup dengan mangga masak.. Bercicah-cicahan di pejabat..

3 comments:

  1. Kimchi tu nampak sedapnya. Macam lama tak makan kimchi.

    ReplyDelete
  2. Lama tak makana biskut mazola. Rezeki dapat sebekas kuih raya tu. Macam macam ada. Kecur pulak tengok mangga dan pencicah tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..