Wednesday, May 18, 2022

Coretan 16 Syawal

Assalamualaikum..
hye semua..

Hari ini seharian makan-makan dan bincang aktiviti dengan bos.. Hehehe.. memang duduk dekat Perpustakaan kejap-kejap je.. kikiki.. Pagi bawa Imani jumpa doktor sebab hidung dia sumbat malam tadi lepas tu cam nak demam.. Dapat ubat dan mc.. Petang balik cam panas sikit tapi tak ada lah panas melampau.. Cuaca panas sekarang kan.. Imani pula kurang minum air..

Menu sarapan Sha.. Nasi putih, sambal bilis petai, ulam timun dan sambal macang lagi.. hehehe..

Tengaharinya Sha terima surat jemputan rasmi ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pejabat lama esok pagi.. Teruja dan terkejut.. Sha pergi dengan kebenaran bos..

Menu makan tengahari Sha Yong Tau Fu Sup.. Pergh!! Sup dia memang bestlah.. Puas hati.. Semangkuk ini pun kenyang..

RM6 je semangkuk ini..

Kedainya dekat medan selera Pekan Slim River..

Ini pula menu minum petang kami sambil lepak santai bersama bos.. Hehehe..
Chakoi, pau kacang merah dan cucur kuchai..

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..