Friday, May 6, 2022

Coretan Raya 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak bersua muka di blog kan?? Emosi tak berapa nak okay sampaikan tak tahu nak berkongsi apa.. Syawal ke lima ini baru ada semangat nak menaip..

Raya 2022 ini raya yang penuh emosi buat Sha.. Raya di mana Sha tak boleh nak ke mana-mana.. Ada tanggungjawab yang perlu encik suami tunaikan dan Sha sebagai isteri kena terima dan Redha.. Mudah untuk disebut namun agak sukar untuk dilaksanakan.. Hati merintih sedih namun perbincangan dari hati ke hati, berjaya membawa penyelesaian.. 

Alhamdulillah.. Walaupun tak sempurna namun kami masih bersama.. Syawal ke empat, encik suami bawa Sha berjumpa dengan abang Sha yang no 2 di Subang.. Bertemu di mamak tapi tetap bahagia.. Ini merupakan pertemuan yang paling seronok buat Sha walaupun hanya di kedai mamak.. Angah bawa sepupu kami bersama.. Sepupu yang Sha tak pernah jumpa.. Iye.. Tahun ini angah berjaya bertemu kembali dengan saudara sebelah arwah mak Sha yang terpisah sekian lama.. Sha memang tak pernah jumpa langsung dengan mereka ini sejak arwah mak Sha meninggal pada tahun 1987..

InsyaAllah minggu depan kalau diizinkan pasti kami akan bersua muka.. Doakan semoga perancangan Sha menyambung kembali silaturrahim berjaya.. Aamiin..

Tema tahun ini Hitam dan Kelabu.. 

9 comments:

  1. Semoga semua yg dirancang berjalan lancar...

    ReplyDelete
  2. semoga raya kali ni kita dapat eratkan kembali silaturrahim. jangan sedih-sedih OK. raya sebulan. hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga Syawal ini akan bawa seribu satu kegembiraan buat Sha dan keluarga. Mudah-mudahan usaha mengeratkan silaturahim akan dipermudah Allah dan lancar sahaja laluannya.

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan.. selamat hari raya! =)

    ReplyDelete
  5. lama tu tak berjumpaaa.. semoga ikatan terjalin takkan putus

    ReplyDelete
  6. wahhhh lama tu tak jumpa...semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..