Tuesday, May 17, 2022

Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beria lah Sha cari aiskrim ini dekat 99 Speedmart dengan Shell sebab katanya 2 tempat ini je yang jual aiskrim ini.. Sekali Sha jumpa dekat kedai runcit biasa je.. Hahaha.. Rezeki lah namanya kan.. Memang sarapan aiskrimlah pagi tadi.. Okaylah untuk tekak Sha yang sukakan Nescafe.. Rasa cappuccino tu tak terlalu keras.. Lembut je dan sesuai untuk yang tak minat cappuccino.. Cuma tu lah Sha ada rasa kekacang semasa makan aiskrim ini walaupun tak ada kacang pun dekat aiskrim ini.. hehehe..

RM4.50 tau harga dia.. Sesekali okaylah..

Comel je aiskrim dia.. Disaluti coklat berperisa kopi..

Bahagian dalam tu rasa coffee & vanilla.. Memang nice lah..

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..