Wednesday, May 11, 2022

Novel | Angkara Siapa? oleh Khairul Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel pertama untuk bulan Mei.. Tapi tu lah, perlahan sikit pembacaan kali ini.. kikiki.. Olahan penulis seperti ada yang kurang.. Berjaya jugalah habis selepas 2 hari pembacaan..

Kisah pembunuhan yang berlaku secara tiba-tiba dengan keadaan mayat yang kehilangan jantung serta gangguan dari pontianak yang mengganggu hanya pekerja rumah  Tuan Brown.. Pembunuhan misteri yang agak susah dicari pelakunya namun mata-mata bernama Mat Saman tidak berputus asa malah tekun menyiasat.. Permulaan novel ini pada Bab 1 menampilkan watak bernama Kasturi namun masuk bab 2, watak utamanya bertukar kepada Juwita.. Dari bab 3 hinggalah akhir barulah dipaparkan penceritaan untuk kejadian yang berlaku di bab 2.. Kira macam imbas kembalilah.. Hehehe.. Kaitan antara Juwita dan Kasturi pula disampaikan pada penghujung novel..

Sha baca pada 09.05.2022 dan selesai pada 10.05.2022..

Koleksi rak peribadi Sha..
Published December 2019 by Fajar Pakeer

2 comments:

  1. kena fokus betul2 lah masa baca cerita ni sebab peralihan tu mengejut

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..