Saturday, June 4, 2022

ebook | Galat oleh Iqbal Rafiuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel berat pertama untuk Jun.. Satu permulaan yang bagus untuk Sha.. Novel ini membawakan tema fantasi dan kanak-kanak.. Penceritaan penulis pula menggunakan dua latar iaitu imbas kembali dan masa kini.. Gaya penyampaian penulis kali ini betul-betul memikat Sha.. Jatuh cinta rasanya dengan Galat.. Setiap emosi yang dirasai Teja begitu dekat dengan hati Sha..

Mengambil masa untuk membaca novel ini memberikan kepuasan pada Sha sebab setiap bait yang disampaikan berjaya memberikan kesan pada Sha terutama sekali emosi Teja yang bercelaru.. Penulis berjaya menyampaikan kisah seorang kanak-kanak yang dipingirkan emosinya hanya kerana dia kanak-kanak.. Dengan keadaan semasa yang sukar dengan wabak, Teja dibiarkan mengurus emosinya sendiri.. langsung tak diberi peluang untuk bersuara, langsung tak ditanya sama ada Teja okay ke tak.. dibiarkan tanpa diberi peluang untuk tahu keadaan ibunya hingga merubah Teja..

Terima kasih kepada penulis untuk naskah yang cantik.. Semoga penulis terus berkarya..

Sha baca pada 01.06.2022 dan selesai pada 04.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2022 by Buku Fixi

1 comment:

  1. tak pernah dengar lagi perkataan galat ni. nampak menarik sinopsis dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..