Wednesday, June 15, 2022

ebook | Projek Athena 2: Pertarungan Neo-Manusia oleh Syeraho

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini bersambung dari Novel bertajuk Projek Athena: Manusia Ciptaan oleh Syeraho.. Sambungan kali ini Athena dan Natalya perlu berdepan dengan Zeus neo-manusia yang dicipta Ezakiel.. Ezakiel telah menculik Irene iaitu isteri Perdana Menteri.. Cubaan pertama mereka untuk menyelamat digagalkan.. Cubaan kedua, Athena ditangkap.. Setelah Natalya menemukan cara untuk mengalahkan Zeus, mereka berjaya menyelamatkan Irene dan juga Athena namun tanpa mereka sedari mereka ditipu.. Irene yang diselamatkan bukanlah Irene sebenar.. Ada konspirasi yang lebih besar dan dasyat yang sedang dirancang Ezakiel..

Tak sabar nak baca sambungannya.. Gandingan Natalya dan Athena memang ohsem..

Sha baca pada 14.06.2022 dan selesai pada 15.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 27th 2020 by Iman Publication

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..