Friday, June 24, 2022

ebook | Tempur Nombor #2: Gempur Ukur oleh Haziq Ajar, Kimi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini komik sambungan kepada Tempur Nombor #1: Pulau Tempur.. Aziq kembali semula ke Pulau Tempur dengan tujuan untuk menyelamatkan mereka terperangkap serta mencari sebab kenapa dia tidak berada di perkhemahan matematik seperti peserta yang lain.. 

Semasa kembali ke pertandingan, Aziq bertemu semula dengan Yana, Sarah, Joe dan beberapa kenalan baru.. Untuk permainan baru Aziq bergandingan dengan Yana dan Sarah.. Semasa sedang berfikir mengenai ukuran, Joe datang menyerang mereka dan hancurkan silinder.. Mujurlah semasa awal permainan, Aziq memilih keperluan.. Maka mereka masih lagi punya silinder.. Permainan makin suspen.. Tak sabar tunggu sambungan seterusnya..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2022 by PTS Publishing House

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..