Sunday, July 31, 2022

ebook | Alkisah Doktor Kolget oleh Nabilah Zulkifly, Shafiq Said, Zahrah Yunos, Najibah Kazmin, 'Afifah Azam, Firdaus Hariri, Safiy Iskandar, Amy Roslaily

Assalamualaikum..
Hye semua..

Merupakan perkongsian pengalaman beberapa orang doktor gigi.. Kisah di dalam buku ini dipersembahkan secara bergilir-gilir.. Walaupun tak banyak muka surat tapi ceritanya padat.. Malah turut diselitkan tips mengenai gigi, nasihat dan juga hal berkaitan pengetahuan atau mitos yang selalu disalah anggap oleh masyarakat.. Para doktor ini juga turt berkongsi mengenai bidang pengkhususan yang ada dalam dunia pergigian serta tempoh pembelajaran uang perlu dilalui..

Mungkin kerana gaya mereka yang serius dan padat membuatkan Sha mengambil masa yang panjang untuk habiskan bacaan yang pendek je sebenarnya.. Terlalu serius dan banyak fakta kadang-kadang boleh membuatkan sesebuah buku tu jadi kurang menarik namun bermakna buat mereka yang suka..

Sha baca pada 29.07.2022 dan selesai pada 31.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published May 1st 2017 by Penerbitan Kata Pilar / Kata-Pilar Books

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..