Friday, July 29, 2022

ebook | Anekdot & Antidot oleh Kamarul Ariffin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita baca pasal rehabilitasi pula.. 

Tugasnya tidak sekadar merawat kekurangan fizikal tetapi juga emosi yang berkonflik dalam diri setiap pesakit.. Memang menarik bila baca mengenai kepelbagaian pengalaman seorang doktor.. Namun perlu diingat, mereka juga manusia.. Ada kalanya tersasar.. Beberapa perkongsian dari doktor ini memberikan kesan pada Sha.. 

Paling terkesan baca bab dimana pesakit yang terkena stroke merasakan betapa ujian yang diterimanya itu satu hikmah.. Ini kerana bila mana dia perlu merawat ayahnya yang turut terkena stroke selepas dia.. Memang betul-betul terkesan di hati.. Betapa indahnya susunan dari Allah.. Dia yang terkena stroke terus sihat dan menjaga ayahnya yang stroke.. Tentulah dia lebih memahami keadaan ayahnya kerana pernah mengalami kesakitan yang sama seperti ayahnya..

Sha baca pada 28.07.2022 dan selesai pada 29.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2019 by Kata-Pilar Books

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..