Assalamualaikum..
Hye semua..
Hadoi.. Entry ini lupa nak pos.. Sepatutnya dua minggu lepas tapi tu lah, mood ke laut dalam sampai tak perasan.. Membaca pun tak banyak lagi, Ogos dah nak setengah bulan berlalu nie.. Jomlah tengok tart apa yang Sha beli..
Bila dah singgah Ipoh Parade, haruslah membeli Hokkaido tart.. Selalu Sha beli yang saiz kecik2 tu je.. Beli 6 percuma 1.. Lepas tu ternampak 2 tart baru, sha pun belilah.. Nak cubakan..
Macam ini je dia bungkus.. Memang penyeklah tart tu.. Sedih je.. Habis comot dan melekat dekat pembungkus tu.. Harga dengan pembungkusan tak setanding.. Sedih.. hehehe..
Salted Caramel - RM6.60
Okaylah.. Tak adalah masin sangat.. sedang elok je rasa dia.. Compliment each other gitu.. Kikiki.. Atas dia tu ada cornflakes dengan hirisan badam kalau tak silap.. Rangup..
Sakura Orange Cheese - RM6.60
Sedaplah rasa dia.. Awalnya Sha ingatkan pelik tapi tak.. Kena je dengan tekak Sha.. Ada rasa masam-masam oren tu tapi tak terlalu kuat.. Memang seimbanglah dengan cheese dia..
Ini rupanya cheese tart premium tu dekat stall Hokkaido..
Makanan sekarang dah canggih3 namanya.Takde sebutan melayu dah
ReplyDeleteeh dia x letak dalam kotak. biasa ada kotak kan. nampak menyelerakan tu.
ReplyDeletewah dah ade perisa baru..okay kene terjah ni
ReplyDeletehokaido ni memang sedap tapi tak boleh makan banyak bagi dana sebab lemak sgt, mungkin sbb faktor usia kot dulu muda-muda ok je heheheh
ReplyDeleteLa awat tamde kotak. Kena complain ni
ReplyDeleteTeringin nak cuba cheese tart ni tapi tak ada cawangan yabg dekat.
ReplyDelete