Sunday, September 4, 2022

Coretan 04 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Diuji bukanlah perkara yang luar biasa tapi kerana Allah sayang dan tahu kita mampu melalui ujian itu.. Bermula 01 September hinggalah hari ini.. Setiap yang berlaku tu sudah tertulis.. Tiada kebetulan.. Menguruskan hal keluarga bila ketua keluarga tak sihat.. Mujurlah ada beberapa perkara yang telah diterapkan encik suami pada Sha yang membuatkan Sha tak panik.. Coretan ini sekadar luahan.. Luahan supaya apa sahaja yang terpendam tidak mengganggu emosi Sha.. Selain padaNya, inilah antara medium yang Sha suka.. Selain membaca..

Pesan Sha pada semua.. Walau siapa pun kita, suri rumah mahupun wanita berkerja janganlah kita mengelak dari belajar memandu dan menguruskan hal ehwal rumah tangga.. Baik lelaki mahupun perempuan.. Bila dah berkahwin, perlulah saling membantu sebab bila salah seorang sakit atau tiada kita masih boleh terus melangkah..

Bawa encik suami untuk berurut.. Kita ikhtiar, Allah juga yang menyembuhkan.. Aamiin..

Booster sebelum meneruskan tugas.. Gambar ini diambil pada hari kedua encik suami duduk wad.. Hari ini belum kena kopi lagi.. hehehe..

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..