Wednesday, November 2, 2022

Coretan 02 November 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Imani untuk revised hasil xray 3D dia.. Oleh kerana doktor nak bilang gigi dia, maka hari ini kena buat acuan gigi dia.. Mula-mula tu okay je untuk gigi bawah.. Bila sampai masa nak buat yang belah atas, melalak pula dia.. Dua kali jugalah tapi masih juga tak berapa okay.. Sudahnya doktor bagi dia kepingan macam getah untuk dia gigit.. Bila balik baru tahu yang dia menjerit sakit tu sebab ada gigi yang goyang.. Alahai budak ini.. Kalau cakap tadi, boleh cabut dulu sebelum buat acuan gigi tu..

Lepas doktor tengok xray 3D tu, doktor cakap ada satu gigi tambahan dekat hidung.. Kecil je gigi dia tapi menekan jugalah dan ada kemungkinan untuk tumbuh.. Sha yang dengar memang terkejut lah juga.. Doktor kata kes macam ini memang ada cuma tak ramailah.. 

Doktor nak review dulu dengan doktor ent sebab ada satu lagi gigi taring dia yang dah melintang atas gigi lain perlu dibuang juga.. Kalau merbahaya dan mengganggu pernafasan mungkin akan dioperate sekai bersama gigi taring untuk buang.. Doakan Imani ye kawan-kawan..

Sebelum jumpa doktor..

Bulatan merah dekat gambar atas ini adalah gigi lebihan tu..

8 comments:

  1. moga dipermudahkan semua urusan imani..moga baik2 semuanya ye seriau plk sy baca yg ada gigi tambahan di hidung tu

    ReplyDelete
  2. Gigi atas hidung. Pertama kali tahu.
    Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Takut agaknya nak cakap sakit masa tu. Semoga Imani kuat dan Allah permudah segala urusan akak sekeluarga. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. Saya yang dah tua ni pun pernah keluar air mata jugaklah dek tahan sakit masa buat rawatan gusi.

    Sian Imani. Moga Allah permudahkan urusan rawatan gigi Imani.

    ReplyDelete
  5. Acik Ana doakan moga dipermudahkan segala urusan imani ye sayang

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan Imani.

    ReplyDelete
  7. Dunia perubatan yang semakin dengan mudah dapat mengesan sebarang masalah pesakit. Moga urusan raatan gigi Imani dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..