Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha bercuti hari ini sebab nak temankan encik suami untuk temujanji kedua beliau.. Temujanji jam 9 pagi tapi dekat pukul 11.30 pagi barulah dapat jumpa dengan doktor.. Mujurlah dah sarapan dulu sebelum ke Hospital.. Alhamdulillah doktor maklumkan keputusan darah tak ada masalah cuma tekanan darah encik suami je tak berapa cantik.. Kena makan ubat dan dosnya dinaikan sedikit oleh doktor.. 3 bulan lagi baru jumpa semula..
Penat menanti.. Ini dah berjaya jumpa doktor, tengah tunggu slip ubat dan kad temujanji..
Petangnya Sha ke pejabat pos untuk perbaharui lesen memandu.. Patutnya ke Kuala Kubu tapi jauh pula rasa.. Ke pejabat pos jelah kita.. Sha buat 2 tahun.. Ikut hati nak buat lama lagi.. Senang tak payah nak berulang selalu ke pejabat pos.. hehehe..
tekanan darah tak cantik tu kena jaga banyak benda lah kan, nak elak stress tu macam susah. Boss pun dah start datang tanda2 tu, seram kadang nak kacau sangat
ReplyDeleteHarap2 en suami akan sihat2 sahaja
ReplyDelete