Assalamualaikum..
Hye semua..
Memang psiko betul.. Kehilangan kanak-kanak bernama Fuad dan mimpi ngeri yang mengganggu Mina membuatkan dirinya fobia akan kehilangan Amri.. Demi melindungi Amri dari diganggu Abang Dee yang suka mengacau, Mina sanggup menghantar dan menunggu adiknya habis mengaji.. Namun kehilangan Amri tetap berlaku.. Semasa menyiasat, Mina bersama rakan-rakannya ditolak jatuh ke dalam perigi dan terperangkap.. Danny pula dipukul.. Siapa sebenarnya yang melakukan semua kejahatan itu..?
Tapi bila Sha baca kesudahan kejadian, memang terkejut sangat.. Memang tak sangkalah tekaan Sha tersasar.. Pandai penulis mengarang cerita dan mempermainkan pembaca..
Sha baca dan selesai pada 14.11.2022..
Koleksi peribadi Sha..
Penulis suka plot twist ni hebat!
ReplyDeleteMacam menarik buku ni.
ReplyDelete