Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini Amani ada temujanji di Klinik Ortodontik untuk rawatan susulan mengenai pemakaian pendakap gigi dan juga gigi yang tak boleh keluar.. Temujanji pertama ini, doktor buat pemeriksaan secara general untuk tengok masalah utama dahulu serta berkenalan dengan pesakit dan keluarga.. Klinik ini, Amani kena masuk bersendirian untuk pemeriksaan terlebih dahulu.. Mak masuk kemudian untuk penerangan.. Doktor bagi maklumat secara general je dahulu.. Nampaknya lepas ini Amani akan ke dua kliniklah untuk temujanji susulan.. Inilah cabaran membesarkan anak-anak.. hehehe..
Lepas pemeriksaan tadi, doktor bagi tahu rahang bawah Amani tidak membesar dengan baik.. Jadi kedudukan gigi atas dia agak kedepan dan gigi bawah berada pada lelangit bila Amani katup gigi.. Kalau tak dirawat, lelangit Amani akan ada ulser dan trauma.. Dua gigi Amani dah mula menunjukkan keadaan yang tidak baik.. Jenuhlah mak suruh berus gigi betul-betul.. Sudahnya tadi mak terpaksa takutkan Amani dengan pemakaian gigi palsu.. hehehe.. Harapnya lepas ni Amani akan berus gigi elok-elok..
Semoga dipermudahkan rawatan pergigian Amani
ReplyDeletelps doktor terang mcm2 tu sy percaya amani akan lbh menjaga gigi dia
ReplyDelete