Thursday, December 22, 2022

Coretan 3 hari 2 Malam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dan suami memang tak merancang apa pun.. Perancangan kali ini memang mengejut dan redah saja.. Kami menuju ke Pulau Pinang untuk majlis nikah kawan encik suami.. Kami bertolak ke Pulau Pinang selepas temujanji Imani.. Baca entry Coretan 16 Disember 2022 ini.. Singgah makan dulu dekat Sungkai baru keluar highway Bidor dan terus ke Pulau Pinang.. Jalan agak sesak tapi kami berjaya sampai pada waktu yang dirancang.. Sempatlah singgah beli McD: Apple Crumble Cheesecake dulu.. hehehe.. Kemudian baru kami ke Majlis nikah kawan encik suami..

Kawan encik suami sama-sama lapor diri di PSAS..

Lepas majlis nikah kami terus gerak untuk cari penginapan.. Rezeki dapat bermalam di 
Homestay Pondok Rezeki, Sg. Petani, Kedah.. Lepas rehat dan mandi, malamnya kami ke Sungai Dua Char Koey Tiaw, Butterworth untuk makan malam.. Lepas makan balik tidur.. Kami check out dari homestay seawal 7.30 pagi sebab nak sarapan di Rumah Sarapan, Sg. Petani dan nak sampai awal di Kampung Agung, Penaga, Pulau Pinang.. Lepas tu baru kami ke Kenduri kahwin kawan encik suami.. Sampai tu memang ngam-ngam je.. Makan-makan dan tunggu pengantin sampai.. Bergambar, lepas tu terus gerak ke Batu Kawan..

Lepas ambil gambar baru perasan encik suami ikut tema pengantin.. hehehe.. 

Sepatutnya dekat Batu Kawan ini ada tempat menarik untuk bergambar, tapi bila sampai kawasannya dah tak berjaga.. Jadinya encik suami rehat dan mula mencari tempat penginapan kedua.. Sha jumpa Frazel Inn Hotel, Parit Buntar, Perak.. Buat panggilan dan tempah.. Lagi 8 minit nak sampai, pihak hotel call tanya nak check in pukul berapa.. hehehe.. Sha cakap dah nak sampai.. Sampai, memang suruh anak-anak mandi dan rehat.. Malamnya kami makan di Pak Majid Kari Sembilang, Parit Buntar, Perak.. Memang terbaiklah..

Hari terakhir, kami check out dari hotel jam 11.36 pagi.. Puas berehat baru gerak balik.. Hentian pertama kami di Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak untuk bergambar dan lihat laut.. Kemudian kami terus gerak ke Gerai Makan Milo Ais Kepal, Simpang Ampat, Semanggol, Perak untuk makan.. 

Lepas makan singgah beli Jeruk Pak Ali kejap.. Kebetulan ada jumpa kedai kecil, wakil Jeruk Pak Ali rasanya.. Belilah sikit.. hehehe..

Kemudian kami lalu Taiping, Trong, Pantai Remis dan terus ke Kg. Gajah.. Berhenti isi minyak dekat Petronas Kg. Gajah.. Bermula dari Petronas Kg. Gajah sampailah rumah, Sha pula bawa.. hehehe..

Sempat singgah makan sate dekat Trolak sebelum balik..

Berakhirlah percutian mengejut 3 hari 2 malam kami.. InsyaAllah, ada rezeki jalan lagi.. Terima kasih baca dan komen..

9 comments:

  1. wah pusing byk tempt bestt ni kan ciknur suka. Bt kawan rumah adik ciknur tu, tmpt bunga2 dn lampu2 ict dah xda ye. Sempt la dulu pegi.
    satey simpang ke trolak tmpt 2 mkn Rasa seronok, kala asben ciknur jgn harap la

    ReplyDelete
  2. Kadang2 perjalanan yang tak dirancang dan mengejut ni pun seronok jadinyanya kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. cuti terkejut ni kadang2 lebih best dari cuti dirancang sbb tak perlu nak lalui fasa stress buat perancangan tu hehe. ni mesti suami sha berkawan baik dgn pengantin sbb dua-dua kenduri nikah & kawen pegi.

    ReplyDelete
  4. Jeruk Pak Ali memang terkenal sampai ke Sabah. Sedap!
    Percutian mengejut tentunya lebih menyeronokkan.

    ReplyDelete
  5. Bercuti kalau dengan keluarga tersayang, simple pun dah cukup membahagiakan. Tempat Sha sebut tu semua pun tak sampai lagi

    ReplyDelete
  6. X plan ni lah selalunya menjadi dan diingati... hihihi

    ReplyDelete
  7. barakallahulakuma utk kedua mempelai...

    dah smpi batu kawan tu tak singgah IKEA ke sha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal perancangan memang nak singgah beli meatball dan ayam goreng, tapi disebabkan dah kepenatan dan tak sangup nak meredah lautan manusia (cutikan), perancangan ke IKEA dibatalkan.. kikiki..

      Delete
  8. biasanya, yg mengejut tu la yg menjadik best, sha.
    penang. best tu penang :)
    thn ni tak dpt jejak sana. tak brape free thn ni.
    busy camping :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..