Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha tak galakkan orang yang ada depresi atau tengah tertekan untuk baca buku ini sebab pada Sha buku ini terlalu beremosi..
Memang sakit hati bila baca bab Mawar yang menekan dan mempergunakan Latif semata-mata demi keuntungan sendiri.. Sesak dada baca ketamakkan manusia yang tak pernah puas.. Seteruk-teruknya ditekan Latif demi kesenangan diri sendiri.. Tu belum lagi geram dengan Omar yang sangat pandai memanipulatif dan memijak-mijak Latif.. Paling terkesan sekali bila media, peminat menganggap yang Latif tu hak milik mereka bukan manusia.. Semua orang mengambil kesempatan mempergunakan kemasyuran Latif untuk diri sendiri.. Mujurlah dalam ramai-ramai masih ada yang sayang dan setia dengan Latif.. Tahniah untuk penulis kerana berjaya menghasilkan naskah yang baik..
Sha baca dan selesai pada 20.12.2022..
Published March 27, 2020 by Iman Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..
saya setuju dengan nasihat kaksha... inti buku memang berat dan tak sesuai untuk semua orang. Dan memang setiap watak tu sentiasa menyakitkan hati, geram sangat!
ReplyDeleteMasih belum baca lagi sebab rasa belum terbukak hati lagi nak baca hehe
ReplyDelete