Assalamualaikum..
Hye semua..
Animasi yang memang lain macam.. Kalau anda nak tengok sesuatu yang lebih serius, animasi ini pasti akan menarik minat anda.. Musim ketiga ini Ali dah tak guna IRIS.. Kali ini Ali kena bergantung padakemampuan diri dia sendiri.. Lebih menarik bila mereka bergabung dengan 4 orang ejen antarabangsa lain untuk latihan.. Ali dan ejen muda lain berada dalam latihan manakala musuh mereka diluar pula merancang sesuatu yang dasyat.. Episod akhir untuk Musim 3 ini akan menunjukkan salah seorang dari ejen pelatih tu adalah kenalan kepada musuh.. Agak mengejutkan jugalah.. Pada Sha beliau dimanipulasi namun harapnya lepas ini dia sedarlah..
Musim ketiga bersambung cerita dari kesudahan Ejen Ali: The Movie, apabila watak Ali terpaksa menyerahkan kembali I.R.I.S. dan meneruskan tugasnya sebagai ejen M.A.T.A. tanpanya. Ali dan kesemua rakan-rakan dari Akademi M.A.T.A. menyertai pertandingan Pertandingan M.A.T.A. Arena yang diadakan untuk meluluskan mana-mana pelatih yang mempamerkan aksi cemerlang dari Akademi. Pertandingan ini dirancakkan lagi oleh kehadiran empat orang ejen remaja antarabangsa yang mencabar daya ketahanan dan kesabaran pelatih-pelatih muda tempatan.
Pada masa yang sama, Cinco menggabungkan semula Numeros setelah pemergian Uno dan mencuba sekali lagi untuk menumpaskan M.A.T.A. Rizwan dan Dos bertindak secara rahsia dengan bantuan Prof. Akram dalam usaha mematahkan rancangan jahat Cinco.
makin lain dah ejen ali ni, musuh pun pelbagai tapi kene ikut dari awal kalau tak , tak paham sgt jalan cerita
ReplyDeleteKami sekeluarga pun mmg suka tonton kartun Ejen Ali ni. Terbaik la filem animasi buatan tempatan ni.
ReplyDeletewow tengok poster pun dah impressed dengan visual grafik Ejen Ali ni. Terbaik lah, makin lama makin padu
ReplyDeleteEjen Ali yg awal2 tu layan gak tgok..yg skrg ni x dan nak tgok lagi .dh xde bebudak kat rumah
ReplyDeletekalau sy nk tgk ni mmg kn mula dr 1st epi. sbb sy x penah tgk wpn 1 epiš¤
ReplyDelete