Friday, December 9, 2022

Terima Kasih

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terima kasih ye kerana masih setia mengunjungi blog Sha malah sudi titipkan kata-kata semangat buat Sha.. InsyaAllah, Sha baik-baik sahaja..

Hidup ini kadang-kadang sukar diduga namun kaki harus terus melangkah.. Jatuh, berehat sebentar namun kemudian bangkit semula untuk melangkah walau tidak lagi berlari..

Blog ini merupakan tempat Sha meluahkan apa sahaja yang berada dalam fikiran supaya tidak terbeban.. Sekarang ini memang cuba melalui hari dengan tenang walaupun kadang-kadang ribut masih melanda.. hehehe..

Hari ini hari terakhir sekolah untuk pelajar sekolah namun buat kita yang berkerja masih lagi akan berkerja seperti biasa pada Isnin nanti.. Selamat bercuti buat semua anak-anak dan juga mak ayah yang akan turut bercuti.. Jaga diri ye..

Satu je yang Sha nak kongsikan buat semua.. Hargailah semua yang masih ada dengan kita kerana kita tak akan tahu saat ajal menjemput.. Tak akan terlewat walau sesaat.. Saat itu tak akan boleh kembali mahupun berpatah balik.. Hanya rindu yang tak berpenghujung malah sesalan pun tak akan dapat dihilangkan..


10 comments:

  1. Selamat berhujung minggu Sha....apapun yg kita hadapi always positive dan always doa agar allah permudahkan semua nya ..kan?

    ReplyDelete
  2. Touching dengan ayat last Kak Sha

    ReplyDelete
  3. ya, betul....hargai keluarga & sahabat di sekeliling kita..

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti. moga dipermudahkan ururan semua

    ReplyDelete
  5. In Shaa Allah, semoga kita semua dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada. Aamiin

    ReplyDelete
  6. semoga Sha berjaya menyelesaikan segala masalah yg mendatang. Aamiin!

    ReplyDelete
  7. stay strong kak sha. setuju sgt, kena hargai org yg kita syg sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  8. Semoga yang baik2 saja utk sha. Kuatkan semangat. Allah swt sentiasa bersama kita. Salam sayang dari Ibu Aqil.

    ReplyDelete
  9. hari cuti utk anak2 tp mak ayah ttp keje mcm biasa..😀

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..