Assalamualaikum..
Hye semua..
Bila semua orang dalam rumah ini ada temujanji yang perlu diingati, Sha beli terus papan putih besar ini.. Semua ini gara-gara terlupakan temujanji ambil darah encik suami.. huhuhu.. Bila ada papan putih ini, senang sikit Sha nak ingat temujanji semua orang termasuklah jemputan kenduri kahwin.. hehehe.. Amani & Imani ada temujanji berkaitan gigi di 3 tempat yang berbeza.. Encik suami pula ada 2 temunjanji di hospital yang sama..
Sha pula temujanji berkaitan implan perancang, bekam dan urut.. Sha memang buat secara berkala bekam dan urut tu sebab kesan dia memang agak baik untuk Sha.. Baru ini Sha tambah satu lagi temujanji disebabkan umur dah mencecah angka 40.. huhuhu.. Ini dibuat di tempat kerja Sha sahaja.. Pemeriksaan secara berkala untuk gula, kolestrol dan tekanan darah..
Papan Putih yang dah penuh dengan temujanji semua orang..
Dah macam papan tanda kat opis pulak siap semua tarikh temujanji.
ReplyDeleteMemang membantu bila ada papan putih untuk tulis tarikh-tarikh penting kan.
ReplyDeleteteringat arwah atuk dulu. dia buat mcm ni jg. utk temujanji doktor ;-)
ReplyDeletegood idea juga ni Sha...risau terlepas pandang
ReplyDeleteSy guna almanac je sha.. whiteboard utk tulis menu bekal anak2.. haha
ReplyDeleteIbu pun x terfikir nak buat mcm ni ada je white board aqil waktu sekolah rendah dlu x pakai. Bolehlah lepas ni guna utk tarikh temujanji mcm ni. ;)
ReplyDelete