Tuesday, January 3, 2023

ebook | Mine Zarra oleh AK Raffhan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Tak kena betul dengan jiwa Sha jalan ceritanya.. Tapi sebab dah baca separuh, habiskanlah juga.. Nak tahu apa yang jadi dekat Zarra dan Idham.. Susah sebenarnya bila perkahwinan tak direstu ini.. 

Sha tak boleh terima perangai Zarra yang menyebalkan.. Suka tapi bila berdepan berlagak macam tak suka.. Part Zarra sembunyikan aib Aiman tu, Sha okay je cuma stress jugalah tengokkan sikap Zarra yang main tarik tali dengan Idham.. Umi Zarra pun menyebalkan.. Yakin je yang Aiman tu baik, tak boleh terima bila Zarra tolak pinangan Aiman.. Memaksa sampaikan Zarra tu dah kahwin pun, Umi Zarra ini buat hal nak bagi Zarra kahwin juga dengan Aiman.. Gilalah.. Kongkongan yang melampau.. Anak dah kahwin, restu jelah.. Argh!! Stress.. Tapi habislah juga baca..

Owh ya.. Garapan penulis agak kacau bilau dan ada bahagian macam tak bersambung dengan elok.. 

Sha baca dan selesai pada 02.01.2023..

Published January 1, 2021
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

2 comments:

  1. anak pompuan kalau dah kahwin, takleh kacau lagi dah. tak restu sekalipun, tak boleh ganggu rumahtangga dia

    ReplyDelete
  2. Mmg wujud parent yg mengongkong anak2 walaupun anak2 dh kahwin dan berkeluarga

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..