Thursday, February 16, 2023

ebook | Niqab oleh Shield Sahran

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu cerita yang sangat menarik.. Misteri sungguh kehidupan Nadia dan keluarga dia.. Kemunculan semula Nadia yang berniqab dan kemudiannya dikatakan Nadia tu bukan Nadia.. Pekerjaan keluarga Nadia yang tak dinyatakan.. Tapi bila sampai pertengahan pembaca dah boleh agak pekerjaan keluarga Nadia, sebab penulis dah mula ceritakan.. Imbas semula apa yang berlaku sebelum ini pada kawan-kawan Nadia.. Memang bila baca buat kau tertarik untuk habiskan kerana misteri yang disembunyikan penulis tu.. Betul-betul mengujakan baca cerita ini dengan semangat Nadia yang ingin keluar dari pekerjaan tu.. 

"Benda yang mustahil untuk diramal ialah masa depan. Benda yang mustahil untuk dikejar ialah masa, dan benda yang mustahil untuk diulang ialah sejarah."

Sha baca dan selesai pada 15.02.2023..

Published November 30, 2018 by Buku Fixi
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..