Monday, February 20, 2023

ebook | Semangat Puaka oleh Akma Saidon, Suzani Nadzir, Aziah Zainal

Assalamualaikum..
Hye semua..

3 cerita dari tiga penulis wanita.. Ketiga-tiganya mempersembahkan cerita dengan cara mereka yang tersendiri.. Setiap cerita ada kekuatan yang tersendiri.. Setiap cerita menyampaikan tauladan yang baik..

Kuda Kepang: Janji - Akma
Kisah yang berpunca dari darah muda Naura yang teruja bersahabat dengan Cik Bunga.. Namun persahabatan tu akhirnya mengundang petaka bila Naura berkahwin.. Gangguan demi gangguan hinggalah munculnya Hezzri dan Seirra..

Wayang Kulit: Jogho - Jerniela
Memang terbaiklah.. Betul-betul tak disangka bila penjahat sebenar berada di depan mata.. Semuanya kerana Jogho.. Patung wayang kulit yang dijamu darah demi memastikan ia terkenal.. Tapi tulah, yang melakukannya orang lain, namun yang menerima balasannya orang lain.. Bila kemarahan beraja di hati, mana yang salah dan benar pun tak akan kelihatan.. 

Dondang Sayang: Nyayian Puaka - Azy
Hanya kerana inginkan kemasyuran, Marina berjanji dengan syaitan.. Kerana kemasyuran itu jugalah Marina terbunuh.. Dengki manusia menyebabkan keturunan Marina terseksa.. Masakini, Delaila yang tertarik dengan Dondang sayang cuba mencari keturunan Primadona Marina namun ke alam lain pula perginya.. Mujurlah ada sahabat yang setia mencari.. Namun syaitan tak pernah berhenti menghasut manusia ke arah kesesatan..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2022..

Published September 1, 2022 by Karya Publika
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..