Thursday, February 9, 2023

Malaysia | Ejen Ali (Musim 3 - Part 2) 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bahagian kedua ini bermula dengan episod 8 iaitu Misi Ubah, bersambung dari Ejen Ali (Musim 3 - Part 1) 2022.. Boleh nampaklah perubahan Ali dan kawan-kawan dia.. Malah bermula episod 8 ini dah boleh nampak terang-terangan siapa yang cuba mengganggu ejen M.A.T.A. dari dalam.. Hero untuk bahagian kedua ini pada Sha, da tentulah Chomot si kucing Ali tu.. hehehe.. Chomot lebih cekap dalam menjadi ejen, tapi ialah dia haiwan kan.. Yellah yang lain-lain tu masih budak kan, jadinya memerlukan banyak lagi latihan untuk jadi ejen yang baik.. Tak sabar nak tunggu season seterusnya.. Animasi ini antara animasi kesukaan Sha dan keluarga.. 

Misi yang ada ialah:-
8 - Ubah
9 - Hybrid
10 - Khemah
11 - Getir
12 Sengat
13 - Jaguh

Musim ketiga bersambung cerita dari kesudahan Ejen Ali: The Movie, apabila watak Ali terpaksa menyerahkan kembali I.R.I.S. dan meneruskan tugasnya sebagai ejen M.A.T.A. tanpanya. Ali dan kesemua rakan-rakan dari Akademi M.A.T.A. menyertai pertandingan Pertandingan M.A.T.A. Arena yang diadakan untuk meluluskan mana-mana pelatih yang mempamerkan aksi cemerlang dari Akademi. Pertandingan ini dirancakkan lagi oleh kehadiran empat orang ejen remaja antarabangsa yang mencabar daya ketahanan dan kesabaran pelatih-pelatih muda tempatan.

Pada masa yang sama, Cinco menggabungkan semula Numeros setelah pemergian Uno dan mencuba sekali lagi untuk menumpaskan M.A.T.A. Rizwan dan Dos bertindak secara rahsia dengan bantuan Prof. Akram dalam usaha mematahkan rancangan jahat Cinco.

1 comment:

  1. wahhh kejap je dah musim ke 3. musim 1 & 2 pun tgk gitu2 je😁

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..